Tuesday, October 15, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    The Sterling dapat sambutan

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Sept – Jerayawara Projek The Sterling yang berpusat di Miri, Sarawak anjuran Pan Villa Properties di Bangunan Avenue 41, Bangunan Suasa, Kiarong mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada rakyat negara ini.

    Projek yang diketengahkan itu dibangunkan oleh Novakey Developers Sdn Bhd, sebuah anak syarikat di bawah Kumpulan Syarikat EPISO dan terletak di tengah-tengah bandar raya Miri yang ditawarkan pada harga yang berpatutan.

    Wakil Pan Villa Properties semasa ditemu bual berkata, jerayawara itu bertujuan untuk memberikan tawaran menarik kepada rakyat Brunei Darussalam seperti pelanggan berpotensi boleh membuat permohonan pinjaman bank melalui Bank RHB Brunei.

    Pembeli juga ditawarkan pinjaman semula hartanah yang dibeli untuk disewa semula kepada Kumpulan Syarikat EPISA dan mendapat kembali keuntungan sebanyak 7 peratus selama enam tahun.

    Jerayawara The Sterling yang diadakan di Bangunan Suasa, Kiarong mendapat sambutan daripada orang ramai.

    The Sterling merupakan bangunan mewah yang terletak di lokasi utama di sekitar pusat bandar Miri di mana pemiliknya boleh menikmati kemudahan yang berdekatan seperti pusat hiburan dan rekreasi, bank, hospital dan tempat membeli-belah.

    Bukan sahaja harga yang menarik, ia juga tawaran terbaik bagi mereka yang merancang untuk melabur dalam hartanah kerana ia mempunyai pulangan sewa 7 peratus setahun dan 5.88 peratus pinjaman tetap.

    Kedai-kedai komersial, pejabat, SOHO (pejabat kecil ataupejabat rumah) boleh didapati dan tiga jenis pangsapuri boleh diakses dengan keselamatan kad akses 24 jam, tempat letak kereta persendirian yang sederhana, kolam renang infiniti, taman atas bumbung, gimnasium premium dan kompleks sukan.

    ‘The Sterling’ juga terletak di jalan utama Bulan Sabit, berdekatan dengan Kedai Komersial Yakin, Stesen Petronas, Mc Donald’s dan Columbia Hospital, Pusat Komersial Bloulevard dan banyak lagi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda