Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    The Voice kembali dengan musim baru

    SEBELUM ini beliau pernah menjadi salah seorang peserta dalam sebuah rancangan realiti TV iaitu American Idol pada musim ketiga namun kini beliau telah berjaya mendapat perhatian di kalangan para peminat malah turut berjaya meraih beberapa pencapaian sehingga dianggap sebagai seorang penyanyi yang disegani di AS sekaligus membuatkan Jennifer Hudson terpilih menjadi salah seorang jurulatih dalam musim ketiga belas siri rancangan realiti TV, The Voice.

    Di samping itu, Miley Cyrus yang sebelum ini pernah menjadi jurulatih siri rancangan pencarian bakat nyanyian itu pada musim yang ke-11 juga turut kembali beraksi di kerusi jurulatih pada musim ini.

    Dengan kehadiran dua jurulatih wanita setentunya dipilih untuk mengisikan kekosongan setelah Gwen Stefani dan Alicia Keys membuat keputusan untuk tidak menyertai selaku jurulatih dalam musim terbaru siri ini.

    Sebagaimana dalam musim terdahulu, dua jurulatih lelaki iaitu Blake Shelton dan Adam Levine juga turut kembali dalam memilih peserta untuk dilatih sekaligus bertanding untuk merebut gelaran juara terbaru The Voice musim ke-13 ini.

    Carson Daly kembali beraksi selaku hos kepada rancangan pencarian bakat ini.

    Barisan jurulatih The Voice yang terdiri daripada Jennifer Hudson, Blake Shelton, Miley Cyrus dan Adam Levine.

    Sebagaimana dalam siri terdahulu, sesi Blind Audition telah ditampilkan dalam episod pertama di mana menyaksikan beberapa orang peserta yang berusaha untuk menonjolkan bakat mereka di hadapan jurulatih dengan harapan untuk terpilih untuk bertanding ke peringkat seterusnya.

    Hasil dari sesi Blind Audition itu, Jennifer Hudson telah memilih peserta yang terdiri dari Chris Weaver, Shi’Ann Jones, Lucas Holliday dan Maharasyi.

    Blake Shelton pula memilih Mitchell Lee, Esera Tuaolo, Keisha Renee dan Red Marlow.

    Sementara Miley Cyrus pula memilih Janice Freeman, Brooke Simpson dan Ashland Craft.

    Manakala Adam Levine pula memilih Dave Crosby, Brandon Showell dan Dylan Gerard.

    Lebih menarik lagi apabila salah seorang peserta yang terpilih di bawah bimbingan Jennifer Hudson iaitu Maharasyi adalah merupakan seorang anak buah kepada penyanyi terkenal Indonesia iaitu Emilia Contessa.

    Justeru bagi menyaksikan sejauh mana perjalanan peserta di sepanjang pertandingan ini jangan terlepas untuk menonton siri The Voice musim ke-13 sehingga ke penghujungnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda