The Weeknd akui sudah ‘bersih’

Penyanyi The Weeknd mengakui kehidupannya kini semakin baik selepas berjaya mengatasi masalah ketagihan dadah dan alkohol yang dilaluinya sebelum ini.

The Weeknd atau nama sebenarnya, Abel Tesfaye, 31, sebelum ini mendedahkan dia mengambil dadah jenis ganja dan sering ketagihan minuman keras sebagai salah satu cara bagi melepaskan tekanan di atas kesibukan kerja.

“Sekarang saya dah ‘bersih’. Saya tidak lagi ketagih pada minuman keras seperti dahulu.

“Dulu saya fikir saya perlukan semua benda itu untuk terus kekal ‘waras’ dalam melakukan pekerjaaan tapi akhirnya saya menyedari yang saya tidak perlukan benda-benda itu semua.

“Mungkin ada sesetengah orang sukar untuk tinggalkan benda itu tapi saya tahu yang saya tidak akan lagi buat lagi perkara-perkara sebegitu di masa akan datang,” katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu I Feel It Coming itu sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan yang dia ingin berhenti daripada menghisap dadah kerana mahu segera membina keluarga. – Agensi

The Weeknd menyesal pernah ketagihan dadah dan alkohol. – Agensi