Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    The Weeknd hilang suara semasa buat persembahan

    Penyanyi Hollywood, The Weeknd membatalkan konsert selepas kehi- langan suaranya pada pertengahan lagu semasa persembahan.

    Penyanyi itu meminta maaf kepada orang ramai dan berjanji untuk menjadualkan semula persembahan baharu selepas menghentikan set secara tiba-tiba di Stadium SoFi dekat Los Angeles pada petang Sabtu lalu.

    Pada minit pertengahan lagu, Can’t Feel My Face, dia menghentikan setnya dan keluar dari pentas, sebelum kembali untuk memberitahu penonton yang terkejut dia terpaksa ‘menghentikan persembahan’.

    “Saya tidak mampu memberi anda konsert yang saya mahu berikan kepada anda sekarang,” sambungnya.

    Penyanyi dan penulis lagu yang nama sebenarnya Abel Makkonen Tesfaye, berkata dia mahu memastikan semua orang mendapat kembali wang mereka, sambil menambah dia akan mengadakan persembahan dalam masa terdekat.

    “Saya mahu meminta maaf secara peribadi. Saya minta maaf, saya sangat sayangkan kamu semua,” katanya kepada peminat yang menghadiri konsert ‘After Hours til Dawn Tour’.

    Menurut laman web jelajahnya, The Weeknd akan membuat persembahan seterusnya di Pusat Rogers di Toronto pada 22 September depan.

    Tiada butiran lanjut untuk ran- cangan penjadualan semula konsert Los Angeles itu. – Agensi

    The Weeknd terpaksa berhenti di pertenga-han persembahan kerana kehilangan suaranya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 remaja ditahan dalam serbuan antikeganasan

    SYDNEY, 24 APRIL - Polis Australia memberkas tujuh remaja dalam serbuan antikeganasan hari ini, dengan dakwaan rangkaian itu mungkin merancang serangan dan menimbulkan ‘risiko...