Thiem: Kita perlu belajar daripada kesilapan

BERLIN, 14 JULAI – Pemain nombor tiga dunia, Dominic Thiem berkata kelmarin bahawa pemain tenis ‘mesti belajar’ daripada kejadian Jelajah Adria dan menyifatkan kritikan Nick Kyrgios terhadap mereka yang mengambil bahagian sebagai ‘tidak perlu’.

Thiem bermain di pusingan Belgrade bulan lalu dalam kejohanan yang dianjurkan oleh pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic.

“Kita mesti belajar dari kesilapan dan berhati-hati pada masa ini dengan pandemik yang kita sedang hadapi. Itu yang kita boleh pelajari dari Jelajah Adria,” Thiem memberitahu wartawan dalam kejohanan di Berlin.

Djokovic, Grigor Dimitrov, Borna Coric dan Viktor Troicki kesemuanya telah disahkan positif COVID-19. Djokovic kemudiannya membuat permohonan maaf atas kejohanan tersebut di mana pemain-pemain tidak mengamalkan penjarakan sosial dan kemudiannya berpesta di kelab malam.

Thiem yang disahkan negatif dari virus tersebut tetapi mendapat kritikan yang meluas dan telah membuat permohonan maaf. “Novak dan beberapa pemain tidak melakukan sebarang jenayah,” tambah Thiem. “Hakikatnya kritikan tersebut adalah tidak adil kerana kita semua melakukan kesilapan. Itu yang jelas.

“Tetapi pada akhirnya ia agak keterlaluan kerana ia menyasarkan kepada keseluruhan kejohanan.” Kyrgios yang lantang mengktitik ke atas semua yang menyertai Jelajah Adria, di mana dia menyifatkan sebagai ‘keputusan bodoh’ untuk diadakan dengan mengendahkan kebersihan.

Pemain kelahiran Australia turut mengelar Alexander Zverev sebagai ‘pentingkan diri’ kerana berpesta meskipun berjanji untuk menjalani pengasingan diri berikutan ujiannya yang negatif selepas bermain dalam Jelajah Adria. – AFP

Dominic Thiem berkata kelmarin bahawa pemain tenis perlu belajar daripada kesilapan dalam Jelajah Adria. – AFP