Sunday, March 23, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thomas lakar sejarah

    LOS ANGELES, 16 Jan – Justin Thomas melakarkan lebih banyak sejarah semalam di Terbuka Sony, mencatatkan lima bawah 65 untuk menghasilkan pukulan paling rendah dalam Jelajah PGA, 72 lubang pada 253.

    Thomas mencatatkan one-foot birdie putt di atas par lima lubang ke-18 di padang Waialae Country Club di mana pukulannya 27 bawah 253 adalah pukulan pusingan keempat paling rendah sepanjang masa.

    “Ia adalah minggu yang luar biasa. Tidak akan dilupakan,’ kata Thomas.

    Thomas memulakan pusingannya dengan pendahuluan tujuh pukulan dan mencatatkan kemenangan, menamatkan tujuh stroke didepan Justin Rose dari Britain di tempat kedua.

    Pemain dari AS itu, 23, melakarkan salah satu pertandingan terbaiknya dalam sejarah Jelajah PGA.

    Justin Thomas meraikan kemenangan bersama trofi selepas menjuarai kejohanan Golf Terbuka Sony di Honolulu, kelmarin. – AP
    Justin Thomas meraikan kemenangan bersama trofi selepas menjuarai kejohanan Golf Terbuka Sony di Honolulu, kelmarin. – AP

    Dia telah memenangi tiga dari empat pertandingan lalunya. Ia melibatkan penguasaan pukulan Jelajah Hawaii ketika dia menjadi pemain golf pertama sejak Ernie Els pada 2003 untuk memenangi Pertandingan Juara –Juara dan Terbuka Sony di Honolulu berturut–turut.

    Pemenang pingat emas Olimpik, Rose menamatkan dengan enam bawah 64 untuk mencapai purata 260. Bekas pemain nombor satu dunia, Jordan Spieth menamatkan perseorangan di tangga ketiga dengan pusingan ke-63 untuk menamatkan 19 bawah, lapan pukulan di belakang Thomas.

    Kevin Kisner dan Jamie Lovemark keduanya membuat pukulan 65 dan terikat di tangga keempat pada 18 bawah.

    Persembahan epik dari Thomas minggu ini bermula dan berakhir dengannya melakarkan sejarah di Hawaii. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda