Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Thomas Lemar dilihat sebagai pemain serba boleh

    MADRID, 12 APRIL – “Ia bukan tentang nasihat,” kata Thomas Lemar. “Ia lebih kepada apabila dia bercakap, caranya, kejujurannya. Itulah yang membuatkan awda bermain dengan bersungguh-sungguh.”

    Lemar lebih mengetahui kekuatan Diego Simeone daripada sesiapa pun. Selepas menyertai Atletico Madrid dengan harga 60 juta euro dari Monaco pada 2018, Lemar bergelut. Dia menjaringkan empat gol dalam dua musim pertamanya dan ramai yang menganggap Atletico akan cuba menjual pemain itu pada musim panas berikutnya.

    Namun, Simeone melihat seorang pemain yang memerlukan bantuan bukan perpindahan. Dia memindahkan Lemar dari posisi sayap kiri ke bahagian tengah dan bersama-sama mereka mula bekerja.

    Musim lalu, Lemar sentiasa beraksi di bahagian tengah dan pemain penting kepada Atletico untuk memenangi La Liga.

    “Saya mengadakan perbincangan dengan jurulatih tahun lepas dan kami bercakap tentang cara memperbaiki keadaan saya dalam pasukan,” kata Lemar dalam temu bual eksklusif dengan AFP.

    “Dia mendengar, dia menemui peranan yang sesuai dengan kekuatan saya. Saya lebih selesa dan ia memudahkan saya menyesuaikan diri dengan gaya Atletico. Kini matlamat saya adalah untuk membalasnya sebanyak mungkin di atas padang.”

    Semasa Lemar tiba dari Monaco, dia adalah pemain sayap, pencipta dan penjaring gol, salah seorang penyerang muda paling menarik di dunia, yang telah menarik minat Liverpool dan Arsenal.

    Tetapi apabila peranan tersebut gagal dilakukan di dalam Atletico, Lemar terpaksa menyesuaikan diri. – AFP

    Thomas Lemar semasa ditemui untuk temu bual bersama AFP di Madrid. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...