Thomas, Southgate terima anugerah

LONDON, 17 Dis – Geraint Thomas dinobat sebagai personaliti tahunan sukan BBC UK selepas kejayaannya pada Grand Tour bagi Tour de France.

Thomas yang berasal dari Wales mengatasi juara dunia Formula Satu, Lewis Hamilton dan pemenang Kasut Emas Piala Dunia, Harry Kane yang masing-masing berada di tangga kedua dan ketiga.

“Ia sangat luar biasa apabila berdiri di sini,” kata Thomas selepas menerima hadiah berprestij itu di Birmingham.

“Melihat kanak–kanak bermain basikal di tempat saya, ia merupakan satu kebanggaan apabila meraih anugerah ini.

“Ia merupakan tahun yang luar biasa bagi sukan di Britain dan mungkin berpanjangan.”

Pasukan England di bawah kendalian Gareth Southgate telah mencapai satu kejayaan dan Southgate telah menerima anugerah jurulatih tahunan.

“Saya berbangga dengan pasukan,” kata Southgate.

“Untuk tempoh yang lama, hubungan bersama peminat tidak berjalan dengan baik dan ia difahami.

“Pujian kepada semua pemain, mereka beraksi dengan baik, gaya yang hebat dan saya rasa orang ramai menghargai bagaimana mereka beraksi dan mewakili negara mereka.”

Francesco Molinari, 36, pemain golf dari Itali yang memenangi Terbuka Britain dan memenangi lima mata ketika mewakili pasukan Piala Ryder Eropah, dinobat sebagai ‘bintang sukan dunia.’

Pemain bola sepak England tewas kepada pemain bola jaring England, selepas meraih pingat emas Sukan Komanwel. – AFP