Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Thompson kembali bersama Cavaliers

    CLEVELAND, 13 SEPT – Cleveland Cavaliers telah mencapai persetujuan kontrak selama setahun untuk bersatu semula dengan pemain tengah, Tristan Thompson, kata ejennya, Rich Paul, kelmarin.

    Thompson memenangi gelaran NBA bersama Cavaliers pada 2016. Pemain berusia 32 tahun itu menghabiskan sembilan musim bersama Cleveland, membuat penampilan dalam empat pu-singan akhir berturut-turut dalam pasukan yang diketuai oleh LeBron James. Dia dan James bermain bersama pada musim lepas dengan Los Angles Lakers.

    Ketua Pegawai Eksekutif Klutch Sports, Paul mengesahkan perjanjian itu melalui pesanan teks kepada AP.

    Thompson, yang telah dipilih oleh Cavaliers dengan pilihan keseluruhan keempat pada 2011, akan memberikan Cleveland lebih banyak pilihan di bahagian hadapan, kekuatan dan pemain yang mempunyai pengalaman.

    Dia telah bermain dalam 94 perlawanan dalam perlawanan playoff.

    Aksi Tristan Thompson pada separuh masa pertama Permainan 4 siri Akhir bola keranjang NBA Western Conference di Los Angeles pada 22 Mei. – AP

    Thompson yang berketinggian 6 kaki 9 inci mempunyai purata 9 mata dan 8.4 rebound dalam 730 perlawanan kerjayanya.

    Cleveland mencatat rekod 51-31 pada musim biasa pada musim lalu dan kembali ke playoff buat kali pertama sejak 2018 sebelum disingkirkan dalam lima perlawanan oleh New York Knicks, yang jauh lebih fizikal berbanding Cavaliers.

    Thompson juga pernah bermain untuk Boston, Sacramento, Indiana dan Chicago. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...