Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Thompson pimpin Warriors tundukkan Bucks

    WASHINGTON, 13 MAC – Klay Thompson menjaringkan mata tertinggi musim ini dengan 38 mata untuk membantu Golden State Warriors untuk menewaskan juara bertahan NBA, Milwaukee 122-109 kelmarin, menamatkan deretan enam kemenangan Bucks.

    Dalam perlawanan terbaiknya sejak kembali pada Januari selepas disisihkan dua setengah tahun dengan kecederaan, pemain berusia 32 tahun itu mencatatkan 15 daripada 24 jaringan semasa perlawanan, termasuk lapan daripada 14 jaringan tiga mata, dengan enam rebound dan lima assist dalam 34 minit.

    “Ia tidak kehilangan keyakinan,” kata Thompson. “Saya banyak berfikir. Hanya untuk dapat berada di sini dan bersaing, ia adalah satu kurnia.”

    Jordan Poole menambah 30 mata untuk Warriors, yang hanya meraih lapan mata dan lapan assist daripada Stephen Curry.

    “Saya ada kalanya seorang yang mementingkan kesempurnaan,” kata Thompson. “Saya hanya perlu bersabar. Steve (Kerr, jurulatih Warriors) memberitahu saya untuk membuat percubaan yang baik.”

    Thompson terlepas keseluruhan musim 2019-2020 akibat kecederaan ligamen lutut dan keseluruhan kempen 2020-2021 kerana masalah Achilles, tetapi kembali pada Januari dan catatan jaringan tertingginya 33 mata sebelum ini direkodkan bulan lalu semasa kemenangan ke atas Los Angeles Lakers.

    “Ia adalah satu cabaran kerana berada dalam beberapa buah pasukan yang hebat dan mengetahui apa yang perlu dilakukan untuk mara ke peringkat akhir. Saya tahu bertapa keras saya perlu berusaha,” kata Thompson. “Saya belum mahu berada di kemuncak. Perjalanan masih jauh.”

    Golden States berkongsi kedudukan dengan Memphis di tangga kedua di Western Conference dengan 46-22 sementara Bucks, mendahului 31 mata hasil Giannis Antetokounmpo, merudum dengan 42-26, berada di kedudukan kedua Eastern Conference, dua setengah perlawanan di belakang Miami. – AFP

    Aksi Thompson cuba menjaringkan mata untuk Warriors semasa pertemuan menentang Bucks, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...