Friday, March 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thunder menang, Kanter patah tangan

    LOS ANGELES, 27 Jan – Pasukan Oklahoma City Thunder menewaskan Dallas Mavericks 109-98 lewat semalam, tetapi kemenangan tersebut terbukti ‘mahal’ apabila pemain penyerang Thunder, Enes Kanter mengalami patah tangan kanan selepas kehilangan sabar.

    Kanter, penjaring ketiga terbanyak Oklahoma City dan calon teratas bagi menerima Sixth Man of the Year Award, mengalami keretakan lengan kanan ketika menumbuk kerusi rehat suku kedua.

    Russell Westbrook menjaringkan 45 mata, Victor Oladipo menjaringkan 17 mata sementara itu Steven Adams menambah 15 mata dan tujuh ‘rebound’ bagi pasukan Thunder.

    “Kami merasakan sedikit tekanan,” kata Westbrook. “Kami beraksi pada suku kedua lebih agresif bagi merebut bola.”

    Harrison Barnes menyerahkan Mavericks dengan 31 mata dengan 13 dari 26 jaringan. Justin Anderson diturunkan dari bangku simpanan untuk mencatatkan 17 mata bagi pasukan Dallas, yang beraksi tanpa empat dari enam pemain terbaik mereka termasuk Dirk Nowitzki, Deron Williams dan Wesley Matthews.

    Pemain Oklahoma City Thunder, Steven Adams (12) dikepung oleh tiga pemain Dallas Maverick ketika cuba mendapatkan bola yang terlepas dalam suku kedua aksi NBA di Oklahoma City. - AP
    Pemain Oklahoma City Thunder, Steven Adams (12) dikepung oleh tiga pemain Dallas Maverick ketika cuba mendapatkan bola yang terlepas dalam suku kedua aksi NBA di Oklahoma City. – AP

    Pemain pengawal Devin Harris berkata pasukan Maverick belajar dari kekalahan mereka.

    “Saya rasa kami faham bagaimana kami perlu beraksi untuk berjaya memenangi perlawanan,” kata Harris. “Pengalaman membantu. Jangkaan meningkat.”

    Kanter menjalani X-ray pada separuh masa dan mengikut jurulatih, Billy Donovan telah mengesahkan keretakan itu.

    Kante cuba untuk melepaskan kekecewaannya ke atas kerusi di bangku simpanan Thunder.

    “Ia begitu sukar,” kata Westbrook. “Terutamanya melakukan dengan cara yang dilakukannya. Saya rasa ia tidak bernasib baik, tetapi dia seorang yang kuat dan akan kembali dengan lebih baik.”

    Thunder tidak menyatakan bila dia akan kembali beraksi. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda