Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thuram kutuk cara penanganan insiden Matuidi

    PARIS, 11 Jan – Pemenang Piala Dunia, Lilian Thuram telah mengutuk penanganan di Itali ke atas insiden perkauman yang dilontarkan oleh penonton dan ditujukan kepada pemain sayap Juventus, Blaise Matuidi semasa kemenangan 1-0 pasukan itu di Cagliari, Sabtu lalu, menanyakan kenapa tidak banyak aksi yang dilakukan untuk menyokong Matuidi pada malam itu.

    “Kita tidak menangani isu perkauman seperti yang sepatutnya,” kata Thuram, yang memenangi dua gelaran liga Itali dalam tempoh lima tahun di Juventus, kepada AFP.

    “Kenapa pengadil tidak menghentikan perlawanan, mengapa pemain (kulit) putih meninggalkan padang ketika Matuidi dihina?.

    “Jika tidak ada yang bertanya soalan ini, keadaan akan sama 20 tahun dari sekarang.”

    Pemain Perancis Matuidi mendedahkan selepas kemenangan Juve di Sardinia bahawa dia menjadi subjek perkauman rasis.

    Selepas mendengar ucapan perkauman dari tempat duduk penonton di akhir babak pertama, Matuidi bergegas ke arah pengadil Giampaolo Calvarese, namun pegawai itu tidak menghiraukan permintaannya untuk campur tangan dan Medhi Benatia dan Paulo Dybala terpaksa menenangkan rakan sepasukannya.

    Cagliari meminta maaf kepada pemain berusia 30 tahun itu pada keesokannya, tetapi tidak menerima sebarang hukuman dari Serie A, dengan laporan disiplin pada hari Selasa mengatakan bahawa “tidak ada penentuan yang dapat dibuat berkenaan dengan Cagliari untuk insiden yang menyedihkan ucapan perkauman yang mana Pemain Juventus, Blaise Matuidi melaporkan dia menjadi subjek itu.”

    Insiden hari Sabtu mengikuti hinaan perkauman yang sama diarahkan pada Matuidi ketika Juve menang 3-1 di Verona akhir bulan lalu, di mana Verona didenda AS$24,000 oleh Serie A.

    Thuram, yang memenangi Piala Dunia bersama Perancis pada 1998 dan Kejohanan Eropah dua tahun kemudian, juga mengkritik keputusan bintang Atletico Madrid, Antoine Griezmann untuk mewarnakan kulitnya hitam ketika berpakaian sebagai pemain bola keranjang Harlem Globetrotters untuk satu acara pesta baru-baru ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda