Thyssenkrupp catat prestasi kukuh

FRANKFURT, 19 NOV – Syarikat gergasi industri Jerman, Thyssenkrupp melaporkan peningkatan ketara dalam keputusan tahunannya hari ini, ketika kumpulan itu menjalani pelan penyusunan semula skala besar termasuk kemungkinan pengapungan subsidiari hidrogennya.

“Pandemik koronavirus telah menjejaskan operasi kami namun tidak menghentikan kami. Kami telah membina momentum signifikan dalam dua tahun fiskal terakhir,” kata Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Martina Merz dalam sidang media.

Antara Oktober 2020 dan September tahun ini, kumpulan itu merekodkan keuntungan operasi berjumlah kira-kira 796 juta euro, selepas mengalami kerugian satu bilion euro sebelumnya akibat pandemik.

Kumpulan itu berhasrat untuk menggandakan keuntungan operasinya, satu langkah yang dipantau ketat oleh para pelabur, dalam tahun fiskal semasa kepada 1.5 dan 1.8 bilion euro dan mencatat keuntungan bersih sekitar satu bilion euro, meskipun ketidaktentuan mengenai ‘krisis bekalan selanjutnya’. – AFP

Kelihatan kilang Thyssenkrupp di Duisburg, Jerman. Thyssenkrupp mencatat keuntungan operasi berjumlah 796 juta euro selepas kerugian satu bilion sebelumnya akibat pandemik. – AFP