Thyssenkrupp kurangkan 3,000 pekerja keluli

FRANKFURT, 25 MAC – Industri perlombongan Jerman, Thyssenkrupp hari ini mengumumkan ia akan mengurangkan 3,000 pekerjaan di unit keluli bermasalah sebagai sebahagian daripada ‘pakej krisis’ koronavirus.

Kumpulan tersebut berkata ia telah mencapai satu perjanjian dengan Kesatuan IG Metall Jerman untuk mengurangkan 2,000 pekerjaan dalam tempoh tiga tahun akan datang dan 1,000 lagi menjelang 2026.

“Tenaga kerja yang berlebihan akan dielakkan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar. Pengurangan pekerja di Jerman diperlukan sebagai respons untuk menghadapi ‘cabaran besar dalam sektor keluli’ dengan pandemik koronavirus mencetuskan huru-hara dalam ekonomi global, tambahnya.

Angka terkini menambah jumlah kehilangan pekerjaan dalam divisyen keluli di Thyssenkrupp sebanyak 1,000, selepas kumpulan tersebut berkata sebelumnya bahawa 2,000 daripada 6,000 pengurangan kerja yang dirancang akan memberi kesan kepada pekerja keluli.

Thyssenkrupp turut berkata ia bersetuju dengan IG Metall mengenai ‘pakej krisis koronavirus’ yang akan melihat ramai pekerja Jerman di kumpulan unit Keluli Eropah akan dikurangkan waktu bekerja pada minggu-minggu akan datang, dengan menerima 80 peratus sahaja daripada bayaran gaji biasa mereka – AFP