Friday, December 1, 2023
24.9 C
Brunei

    -

    Tia Jinbara hidap barah hati

    Bekas vokalis Jinbara Malaysia iaitu Tia dikejarkan ke Hospital Shah Alam pada Rabu lalu kerana mengalami sakit perut yang melampau dan sukar bernafas.

    Menurut isterinya Suzan Ahmad berkata, Tia atau Shamsul Bakhtiar Zakaria, 53, bagaimanapun dalam keadaan stabil namun sedikit kritikal.

    “Keadaan Abang Tia sekarang ini stabil dan memang doktor sudah sahkan dia menghidap kanser hati. Tahap berapa itu doktor masih lagi lakukan siasatan.

    “Dia masuk hopsital pada Rabu dengan keadaan yang tidak berapa sihat jadi doktor ambil keputusan untuk tahan dia sebab kesakitan dia lain macam sedikit.

    “Bila buat pemeriksaan lanjut apa semua baru nampak masalah dia dekat hati dia. Memang ada ketumbuhan bersifat kanser,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Kesihatan Tia tidak menentu sejak beberapa tahun kebelakangan. – Hmetro

    Dalam pada itu Suzan memberitahu kesihatan Tia sememangnya tidak menentu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

    Malah dia bertindak untuk menghantar suaminya ke hospital pada Rabu lalu selepas keadaan Tia seakan memburuk apabila perutnya semakin membesar.

    “Dia selalu sakit perut, mudah demam dan cepat letih. Benda itu berlarutan dan sentiasa berlaku,” katanya.

    Ditanya mengenai kewangan ketika ini, Suzan memaklumkan Tia memiliki insuran namun tidak cukup untuk menanggung kos rawatan penyakit suaminya.

    Dia bagaimanapun akan melakukan pelbagai usaha untuk memastikan suaminya mendapat rawatan yang sewajarnya.

    “Saya bukan nak meminta bantuan ke apa, tapi saya risau proses ia akan panjang dan bukan untuk sekarang ini saja.

    “Mungkin ada ubat yang saya kena beli nanti jadi sangat membantu kalau ada pihak yang sudi membantu.

    “Saya juga harapkan semua peminat doakan kesembuhannya,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...