Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Tiada atmosfera ditemui di planet bersaiz bumi

    CAPE CANAVERAL, FLORIDA, 28 MAC – Teleskop Angkasa Webb tidak menemui bukti atmosfera di salah satu daripada tujuh planet berbatu bersaiz bumi yang mengorbit bintang berdekatan.

    Para saintis kelmarin berkata bahawa ia tidak memberi petanda yang baik untuk seluruh planet dalam sistem suria ini, beberapa daripadanya berada di tempat yang menarik untuk menampung air dan berpotensi, kehidupan.

    Pasukan yang diketuai NASA melaporkan tiada atmosfera wujud di planet paling jauh dalam sistem Trappist, terletak sejauh 40 tahun cahaya. Para penyelidik menggunakan teknik khas yang menjurus ke arah planet yang hangat seperti ini.

    Keputusan telah diterbitkan kelmarin dalam jurnal Nature.

    Kekurangan atmosfera bermakna tiada air dan tiada perlindungan daripada sinaran kosmik, kata penyelidik utama NASA, Thomas Greene.

    Bagi planet lain yang mengorbit bintang Trappist yang kecil dan lemah itu, “Saya lebih optimistik tentang planet ini jika ia mempunyai atmosfera, kata Greene dalam e-mel, kerana planet paling dalam ini dihujani oleh sinaran suria, empat kali ganda lebih banyak daripada yang bumi dapat daripada matahari tetapi ada kemungkinan tenaga tambahan adalah sebab tiada atmosfera, kata Greene. – AFP

    Ilustrasi yang disediakan oleh Agensi Angkasa Eropah pada 27 Mac yang menggambarkan rupa planet luar TRAPPIST-1 b. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...