Tiada ayam dari Brazil di S’wak

KUCHING, 14 OGOS – Sarawak tidak membenarkan pengimportan bahagian ayam dari Brazil atau mana-mana negara yang diketahui mengalami masalah penyakit ayam itik, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.

Beliau berkata negeri ini mempunyai bekalan ayam tempatan yang mencukupi selain daripada mengimport hanya dari negara yang diperakui mengeluarkan produk ayam yang bebas penyakit.

“Saya ingin memaklumkan kepada semua warga Sarawak bahawa kami (kerajaan negeri) tidak membenarkan pengimportan bahagian ayam dari Brazil,” katanya dalam satu sidang media sebagai respons kepada kebimbangan mengenai terdapat kesan-kesan COVID-19 ditemukan pada sampel kepak ayam sejuk beku dari negara Amerika Latin itu yang dibawa masuk ke China. – Bernama