Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Tiada Bandarku Ceria sepanjang Ramadan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 APRIL – Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, memaklumkan orang ramai bahawa Program Bandarku Ceria yang lazimnya diadakan pada setiap Ahad akan ditiadakan untuk sementara waktu sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

    Kenyataan menyatakan lagi bahawa aktiviti-aktiviti yang ditiadakan adalah semua jenis aktiviti Bandarku Ceria termasuklah aktiviti riadah dan berjaja.

    Sementara itu, jalan-jalan yang kebiasaannya ditutup semasa Program Bandarku Ceria akan dibuka seperti biasa.

    Kenyataan turut menyatakan bahawa Program Bandarku Ceria akan diadakan semula pada 15 Mei depan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...