Tiada bukti kukuh bungkusan makanan penyebab jangkitan

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 SEPT – Pada tahun lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menimbulkan kerisauan mengenai dengan penularan COVID-19 melalui bungkusan-bungkusan yang diserahkan dari seorang individu kepada individu lainnya.

Walau bagaimanapun setakat ini, tiada sebarang bukti yang kukuh bahawa penularan wabak dapat terjadi melalui bungkusan-bungkusan makanan dan sebagainya.

Disebabkan itu, pada ketika ini kebanyakan barang-barang atau bungkusan yang diterima tidak lagi perlu untuk dikuarantin kerana tiadanya bukti saintifik yang kukuh dapat membuktikan wabak COVID-19 dapat tersebar melaluinya.

Perkara tersebut adalah antara yang dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung pada petang tadi.

Namun Yang Berhormat Menteri Kesihatan turut mengongsikan bahawa sebagai langkah berwaspada dan berjaga-jaga adalah menjadi perkara yang digalakkan bagi barangan atau bungkusan yang akan diedarkan itu untuk dibersihkan terlebih dahulu