Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Tiada cedera dalam insiden pokok tumbang

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MAC – Tiga pohon pokok jati yang berukuran kira-kira 15 meter panjang telah tumbang dan menghempap pagar rumah dalam kejadian pokok tumbang di kawasan Kampung Panchor Lumapas, lewat petang kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, menyatakan lapan orang anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Sungai Kebun yang diketuai oleh ABK 549 Awang Rosland bin Haji Ahmad telah menghadiri panggilan pokok tumbang di kawasan Kampung Panchor Lumapas pada pukul 6:31 petang.

    Kenyataan menyatakan lagi bahawa anggota bomba dan penyelamat, apabila sampai di tempat kejadian mendapati tiga pohon pokok jati berukuran kira-kira 15 meter panjang dan 30cm garis pusat telah tumbang dan terkena pagar rumah.

    Anggota bomba dan penyelamat segera bertindak memotong pokok berkenaan menggunakan gergaji rantai dan partner cutter saw. Dalam kejadian berkenaan, tidak ada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

    Pihak jabatan sehubungan itu menyarankan orang ramai supaya sentiasa menjaga, mengawasi dan memotong polok-pokok yang ditanam sebelum keadaan menjadi tidak terkawal serta mengelak menanam pokok terlalu dekat dengan rumah dan mengamalkan penjarakan bagi penanaman pokok-pokok berkenaan.

    JBP turut menyatakan bahawa jabatan berkenaan ada menyediakan program-program keselamatan seperti Kursus Marsyal Bomba, Life Saver 995 dan Taklimat Keselamatan Kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.

    Orang ramai juga disarankan supaya jika berlaku sebarang insiden kecemasan untuk menghubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

    Anggota bomba dan penyelamat bertindak memotong pokok yang tumbang menghempap pagar rumah dalam kejadian di kawasan Kampung Panchor Lumapas baru-baru ini. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...