Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Tiada cuaca signifikan, ekstrem dijangka berlaku

    KUALA LUMPUR, 1 MEI – Tiada cuaca yang signifikan dan ekstrem dijangka berlaku semasa sambutan Aidilfitri, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

    Bagaimanapun, kejadian ribut petir dijangka boleh berlaku pada sebelah pagi Selasa (3 Mei) di satu dua tempat di Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Johor barat, Sabah (Bahagian Kudat dan Sandakan) dan Sarawak (Bahagian Sarikei, Mukah dan Sibu).

    Menurut kenyataan MetMalaysia hari ini, ribut petir juga dijangka berlaku pada sebelah petang di beberapa tempat di barat Sabah dan Labuan serta satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor Timur, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah (Bahagian Sandakan), barat dan tengah Sarawak.

    Ribut petir turut diramalkan berlaku pada sebelah malam di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah (Bahagian Pedalaman dan Sandakan) dan Sarawak (Bahagian Kapit, Miri dan Limbang).

    Kenyataan itu turut memaklumkan ribut petir dijangka berlaku di satu dua tempat di Pulau Pinang dan di kawasan pantai di Kedah, Perak, Selangor, Johor barat dan Sabah (Bahagian Kudat dan Sandakan) pada pagi Rabu (4 Mei).

    Selain itu, keadaan itu juga dijangka berlaku pada sebelah petang di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor Timur, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak, Sabah dan Labuan serta ribut petir diramal berlaku pada sebelah malam di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah (Bahagian Pedalaman dan Pantai Barat) dan Sarawak (Bahagian Kapit, Miri dan Limbang)
    “Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku kejadian ribut petir,” menurut kenyataan itu. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...