Tiada diesel di Stesen Minyak Syarikat Perniagaan Melayu

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 NOV – Syarikat Pemasaran Brunei Shell (BSM) memaklumkan orang ramai bahawa Stesen Minyak Syarikat Perniagaan Melayu Sdn Bhd Shell di Kuala Belait akan menjalani kerja pemulihan terancang bermula esok (9 November).

Sehubungan itu, produk diesel tidak akan ditawarkan di stesen minyak berkenaan sehingga makluman lanjut, manakala itu, produk-produk minyak lain iaitu Premium Ron 97 dan Regular Ron 85 akan tersedia seperti biasa.

BSM dalam kenyataannya menyatakan, bagi pembelian produk diesel, pelanggan boleh pergi ke stesen-stesen minyak alternatif berdekatan iaitu Stesen Minyak Sapakat, Jalan Setia Negara; Stesen Minyak Koperasi Kampung Sungai Teraban, Sungai Teraban; Roxana Shell Service Station, Seria dan Lumut Petrol Service Station, Kampung Sungai Balong.

Bagi pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan BSM di talian 2244739 atau melayari laman sesawang www.bsm.com.bn.