Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Tiada dokumen sulit ditemukan di rumah Biden

    WASHINGTON, 2 FEB – FBI tidak menemukan dokumen sulit ketika melakukan pencarian di rumah percutian Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden di Rehoboth, Delaware pada Rabu, menurut peguamnya, lapor agensi Anadolu.

    Pencarian dilakukan dari 8:30 pagi hingga tengah hari, kata peguam peribadi Biden, Bob Bauer dalam satu kenyataan.

    “Selaras dengan proses di Wilmington, DOJ (Jabatan Kehakiman) menjalankan semakan lanjut ke atas beberapa dokumen dan nota tulisan tangan yang dikatakan mempunyai kaitan ketika (Biden) menjadi Naib Presiden.

    “Pencarian hari ini adalah langkah selanjutnya dalam proses DOJ…kami akan terus menyokong dan membantu proses ini. Kami akan memperoleh butiran lanjut selepas pencarian selesai pada hari ini,” katanya.

    Sebelum ini, beberapa dokumen sulit telah ditemukan di rumah Biden di Wilmington, Delaware dan di pejabat di Washington D.C.

    Dokumen yang ditemukan pada tahun lepas itu antara lain termasuk memo perisikan AS dan bahan taklimat bertarikh antara 2013 dan 2016 berkaitan dengan Ukraine, Iran dan United Kingdom. – Bernama

    Presiden Joe Biden bercakap semasa mesyuarat Majlis Persaingan Ekonomi di East Room, Rumah Putih di Washington pada 1 Februari 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...