Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    ‘Tiada ejen AS sertai operasi berkas raja dadah Mexico’

    BANDARAYA MEXICO, 17 JULAI – Tiada pegawai Amerika Syarikat yang menyertai operasi taktikal oleh pasukan marin Mexico ketika memberkas raja dadah terkenal, Rafael Caro Quintero, kata duta Amerika Syarikat (AS) ke Mexico kelmarin.

    Penjelasan Ken Salazar diikuti dengan beberapa kekeliruan mengenai penglibatan AS dalam operasi yang dijalankan baru-baru ini, di mana 14 pegawai tentera laut Mexico (SEMAR) maut dalam nahas helikopter.

    Washington menuduh Caro Quintero, 69, atas kesalahan menculik, menyeksa dan membunuh ejen khas Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA), Enrique ‘Kiki’ Camarena pada 1985.

    Dia telah ditahan oleh pasukan tentera marin di bandar Choix di barat laut Sinaloa, untuk ‘tujuan menghantar balik penjenayah’, kata SEMAR dalam satu kenyataan.

    Menurut kenyataan Jumaat lalu oleh Ketua DEA, Anne Milgram memuji pasukannya di Mexico kerana bekerjasama dengan pihak berkuasa Mexico untuk menangkap dan menahan Rafael Caro Quintero, menyebabkan sesetengah pihak percaya kakitangan AS telah mengambil bahagian dalam operasi itu.

    Duta Salazar mengesahkan kelmarin bahawa tiada pegawai AS yang mengambil bahagian dalam operasi taktikal memberkas Caro Quintero.

    “Kami memuji SEMAR kerana menjalankan operasi itu dan berasa sedih atas pemergian 14 tentera marin yang berani,” tambahnya. – AFP

    Seorang anggota makmal dari pejabat peguam negara semasa mengambil sampel dadah yang dirampas. – AFP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...