‘Tiada imigran haram dalam negara’

NEW DELHI, 9 SEPT – Menteri hal ehwal dalam negeri India berkata semalam kerajaannya ‘tidak akan membenarkan seorang pun imigran haram untuk tinggal’ dalam negara, ketika beliau melawat negeri Assam di mana pendaftaran kerakyatan kontroversi mencetuskan kegemparan daripada hampir dua juta orang yang terjejas.

Rekod daftar, dikhuatiri topeng untuk Parti Bharatiya Janata untuk mengusir penduduk beragama Islam, telah memerangkap ramai penduduk Islam serta Hindu yang merupakan bank pengundian untuk parti.

Tokoh berpengaruh dalam parti telah mengelak daripada memberi komen tentang senarai itu, disiarkan pada 30 Ogos dan mencetuskan bantahan daripada pemimpin BJP tempatan berhubung penduduk Hindu yang tidak dimasukkan.

Kementerian hal ehwal dalam negeri, memparafrasakan ucapan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Amit Shah bahawa beliau berpuas hati dengan ‘proses yang telah selesai tepat pada masanya.’ “Shah juga menambah kerajaan tidak akan membenarkan seorang pun imigran haram untuk tinggal dalam negara,” kata kenyataan.

Kerajaan Perdana Menteri Narendra Modi menyokong Pendaftaran Rakyat Negara (NRC), berkata ia bertujuan menghapus ‘penceroboh asing.’ – AFP