Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Tiada jalan singkat tamat krisis Myanmar

    SINGAPURA, 21 JULAI – Seorang utusan serantau ditugaskan memulakan dialog antara junta dan pejuang antirampasan kuasa Myanmar hari ini memberi amaran tidak ada jalan singkat untuk menamatkan krisis berdarah negara itu.

    Myanmar telah dibelenggu ketidakstabilan sejak tentera merampas kuasa tahun lalu dan menyingkirkan pemimpin awam, Aung San Suu Kyi, membawa kepada bantahan berleluasa dan menggerakkan kumpulan militia.

    Sebuah kumpulan pemantau tempatan mengatakan lebih 2,000 orang terbunuh dan hampir 15,000 lagi diberkas ketika junta cuba mematahkan penentangan. Prak Sokhonn, utusan khas blok serantau Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) memberi amaran tiada penyelesaian segera terhadap krisis itu.

    “Bagi mereka yang mahu melihat penyelesaian segera, saya khuatir ia tidak akan berlaku,” katanya semasa berucap pada satu forum online dianjurkan oleh badan pemikir berpangkalan di Singapura, Institut ISEAS-Yusof Ishak.

    “Kesabaran adalah intinya di sini. Tiada jalan pintas dan tiada jalan mudah,” katanya.

    Prak Sokhonn juga menteri luar negara Kemboja, yang merupakan pengerusi ASEAN tahun ini, mengatakan ia mengambil masa 20 tahun untuk negaranya sendiri mencapai keamanan susulan penggulingan rejim Khmer Rouge dalam 1979.

    “Rundingan damai memerlukan masa, kesabaran dan kompromi daripada semua pihak berkaitan. Disebabkan banyak cabang kepentingan, rundingan damai adalah proses tawar-menawar yang mengambil masa yang panjang,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...