Tiada jaminan La Liga bermula sebelum musim panas

Gambar fail 30 Jan 2020, perlawanan Copa Del Rey antara Barca dan Leganes di Nou Camp. Menteri kesihatan Sepanyol berkata ia adalah langkah ‘kurang bijak’ untuk menjanjikan musim bola sepak akan disambung semula sebelum musim panas. – AP

 

MADRID, 27 APRIL – Menteri kesihatan Sepanyol, Salvador Illa berkata kelmarin ia adalah langkah ‘kurang bijak’ untuk menjanjikan musim bola sepak akan disambung semula sebelum musim panas dengan negara tersebut sedang mengambil langkah untuk melonggarkan perintah berkurung terketat di dunia akibat koronavirus.

(Klik di sini untuk berita lanjut)