Tiada jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JULAI – Negara Brunei Darussalam terus mencatatkan sifar jangkitan baharu COVID-19 setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 kekal seramai 141 orang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, seramai 508 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, manakala itu, seramai 3,436 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 441 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 38,072 ujian.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi healthinfo.gov.bn.