Tiada jangkitan baharu dicatatkan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OGOS – Negara Brunei Darussalam tidak mencatatkan kes positif jangkitan COVID-19 hari ini, mengekalkan kes keseluruhan kepada 142 kes.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, hari ini, satu kes aktif COVID-19 sedang dirawat manakala 138 kes telah sembuh sementara tiga kematian dicatatkan.

Pada masa yang sama, jumlah mereka yang sedang menjalani pengasingan diri mandatori di pusat-pusat pengasingan yang ditetapkan ialah seramai 575 orang. Sejak Mac 2020, jumlah mereka yang telah menamatkan pengasingan diri mandatori ialah seramai 4,012 orang.

Manakala itu, jumlah sampel bagi ujian virus SARS-CoV-2 yang dilaksanakan dalam tempoh 24 jam ialah sebanyak 283 sampel dan sejak Januari 2020, jumlah keseluruhan ujian makmal bagi ujian virus SARS-CoV-2 ialah sebanyak 43,690 ujian.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini, mereka boleh melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan, www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi healthinfo.gov.bn.