Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiada jenayah kemanusiaan dalam keganasan di Rakhine

    YANGON, Myanmar, 7 Ogos – Siasatan kerajaan Myanmar dalam keganasan di utara negeri Rakhine pada tahun lalu yang memaksa berpuluh ribu penduduk Islam Rohingya melarikan diri ke Bangladesh dan mendorong PBB mengemukakan tuduhan jenayah ke atas kemanusiaan oleh tentera telah menyimpulkan jenayah sedemikian tidak berlaku.

    Bercakap pada pengeluaran laporan akhir Suruhanjaya Siasatan Rakhine, Naib Presiden Myint Swe, bekas jeneral, memberitahu wartawan semalam bahawa “tidak adanya bukti jenayah ke atas kemanusiaan dan penghapusan etnik seperti yang didakwa oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi untuk Hak Asasi Manusia.”

    Beliau juga menafi dakwaan mengatakan berlakunya kes rogol berkumpulan oleh tentera ketika ia menggeledah kampung Rohingya dalam operasi pembersihan keselamatan. Tentera sedang bertindak balas terhadap serangan ke atas pos polis sempadan oleh kumpulan pemberontak yang tidak dikenali sebelumnya pada Oktober 2016 di kawasan Rakhine Maungdaw.

    Seorang pegawai polis Myanmar melihat gambar yang dipaparkan semasa sidang akhbar Suruhanjaya Siasatan Maungdaw pada 6 Ogos 2017 di Yangon, Myanmar. – AP
    Seorang pegawai polis Myanmar melihat gambar yang dipaparkan semasa sidang akhbar Suruhanjaya Siasatan Maungdaw pada 6 Ogos 2017 di Yangon, Myanmar. – AP

    Laporan suruhanjaya menerima bahawa sesetengah kejadian mungkin telah berlaku yang melanggar undang-undang, menyumbangnya kepada tindakan melampau oleh anggota keselamatan.

    Kumpulan hak sebelum ini telah meluahkan keraguan mereka mengenai kerja suruhanjaya, berkata ia kekurangan pakar luar, mempunyai metodologi penyelidikan yang lemah dan kekurangan kredibiliti di-sebabkan ia bukan bebas.

    PBB telah memberi mandat kepada misi pencarian faktanya sendiri untuk berkunjung ke kawasan Maungdaw dan menjalankan siasatannya sendiri, namun kerajaan berkata anggotanya tidak dibenarkan pergi. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda