Saturday, August 13, 2022
23.5 C
Brunei

Tiada kaitan kematian dengan vaksin

-

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 DIS – Kes seorang remaja yang tular dan dikatakan meninggal dunia kerana berkaitan vaksin telah dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada sidang media harian COVID-19 di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

Ketika menjelaskan perkara itu, Yang Berhormat Dato terlebih dahulu mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak betul kerana ia boleh didakwa di mahkamah, selain mengucapkan takziah kepada keluarga remaja berkenaan.

“Kementerian Kesihatan ingin menerangkan, pesakit tersebut telah mengalami krisis endokrin sebelum dia divaksin iaitu sebulan sebelum itu baharu didiagnosis mempunyai satu penyakit dan penyakit itu tidak terkawal dan sedang dirawat,” jelasnya.

Beliau seterusnya menjelaskan penyakit itu akan mengakibatkan metabolisme seseorang itu bertambah dan ia akan mengganggu hampir semua organ dalam badan terutama jantung.

“Jika tidak dirawat dengan rapi dan teratur dengan pengambilan ubat, ia boleh menyebabkan kematian.

“Dari apa yang dialaminya, ia tidak berkaitan dengan vaksin dan besar kemungkinan disebabkan oleh penyakit yang dialaminya,” jelasnya.

 

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -