PARIS, 28 April – Satu letupan melanda restoran McDonalds awal kelmarin di Grenoble tenggara Perancis, dengan tiada kemalangan jiwa dilaporkan lagi, kata pihak berkuasa serantau.
Pada 11:50 waktu tempatan (0950 GMT) api yang besar dilihat keluar dari tandas di restoran tersebut berikutan kebakaran yang disyaki berpunca daripada ‘asal jenayah’ kata wilayah Isere dalam satu kenyataan tanpa mengulas lanjut.
Bercakap kepada televisyen France 3 region, Guillaume Jsserand, panglima polis Grenoble, berkata ‘sejenis bom pembakar’ telah ditemui di restoran berkenaan.
Pakar pemusnah bom bergegas ke tempat kejadian dan menjalankan pengesahan yang membolehkan untuk menghapuskan keraguan, tiada bahan letupan yang lain,” tambah wilayah itu. – Xinhua