Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Tiada keperluan rundingan dengan PSM

    KUALA LUMPUR, 28 OGOS – Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (MASTAF) Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman berpandangan tiada keperluan untuk ‘rundingan damai’ dengan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) kerana pihaknya tidak bergaduh dengan persatuan itu serta ahli-ahli gabungannya.

    Katanya, pihaknya juga sehingga kini tidak menerima permohonan rasmi daripada pihak PSM untuk berbincang ataupun menyertai MASTAF.

    “Saya nasihatkan supaya ahli gabungan PSM yang berhasrat untuk menyertai MASTAF memohon seperti biasa tanpa (meletakkan) syarat.”

    “Kerana semua presiden (persatuan) negeri yang diterima menyertai sebagai ahli gabungan MASTAF secara automatik adalah naib presiden, mengikut perlembagaan MASTAF,” kata Suhaili yang juga Naib Presiden Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) ketika dihubungi Bernama, hari ini.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai ketetapan dibuat PSM dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tertinggi mereka pada Jumaat lepas untuk ahlinya bergabung dengan MASTAF.

    Pada mesyuarat itu, Jawatankuasa Tertinggi PSM memutuskan supaya rundingan antara PSM dan MASTAF dimulakan bagi mengkaji dan meneliti terma-terma yang perlu dipersetujui kedua-dua pihak demi kepentingan bersama sukan sepak takraw negara.

    MASTAF dilaporkan kekal dengan perancangan menubuhkan persatuan penaja di negeri bukan ahli gabungannya selepas tempoh diberikan kepada persatuan negeri dan ahli bersekutu yang bernaung di bawah PSM untuk menyertai mereka berakhir bulan lepas. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...