Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Tiada keputusan ujian positif ART di sekolah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JAN – Setakat ini belum ada laporan yang menunjukkan keputusan ujian positif antigen rapid test (ART) yang dilakukan di sekolah-sekolah semasa sesi persekolahan yang baru dimulakan hari ini.

    Perkara tersebut antara yang dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa menjawab soalan yang diajukan pada sesi sidang media situasi terkini COVID-19 yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Seperti mana kenyataan yang dinyatakan dalam sidang media sebelum ini, semua pelajar yang hadir ke sekolah atau mana-mana institusi pengajian tinggi adalah dikehendaki untuk membuat ujian saringan ART sebelum memasuki sekolah.

    Salah seorang pelajar melakukan ujian ART sebelum meneruskan pembelajaran di dalam kelas. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...