Friday, September 30, 2022
25.5 C
Brunei

Tiada keraian buat Nadal di Masters Cincinnati

-

CINCINNATI, 18 OGOS – Borna Coric kelmarin mencalarkan kepulangan Rafael Nadal selepas tidak beraksi di Masters Cincinnati ATP/WTA selama lima tahun apabila mencatatkan kemenangan mengejut 7-6 (11/9), 4-6, 6-3 dalam pusingan kedua.

Pemain Sepanyol berusia 36 tahun, yang memenangi gelaran Cincinnati pada 2013, bermain perlawanan pertamanya dalam tempoh lebih sebulan selepas menarik diri kerana kecederaan ketika pertemuan separuh akhir Wimbledon menentang Nick Kyrgios.

“Apabila awda kembali daripada kecederaan dan memenangi perlawanan pertama, segalanya akan bertambah baik,” kata Nadal. “Namun hari ini ia tidak berlaku.”

Nadal memulakan musim ini dengan tiga kejuaraan dan menang 20 perlawanan berturut-turut tetapi dia akan menuju Terbuka AS selepas beraksi satu perlawanan di gelanggang keras.

“Kejohanan ini sangat mencabar bagi saya. Dia bermain lebih baik,” kata Nadal. “Sangat sukar untuk mengambil perkara positif daripada perlawanan ini.

Aksi Rafael Nadal semasa bermain menentang Borna Coric di Masters Cincinnati ATP/WTA.- AFP

“Saya perlukan latihan. Saya perlu kembali dengan lebih baik.”

Penampilan juara Grand Slam 22 kali itu terganggu selama hampir dua jam disebabkan hujan pada set pembukaan.

Sebaik perlawanan kembali bersambung, kedua-dua pemain bergelut sehingga terpaksa bermain ke tie breaker di set pertama.

Nadal terlepas dua set mata dan terpaksa menyelamatkan dua set mata daripada Coric. Tetapi pada peluang ketiga pemain Croatia itu, Nadal terpaksa akur menerima kekalahan selepas bermain sejam 45 minit di atas gelanggang dengan melakukan double-fault.

“Saya mempunyai peluang semasa tie breaker dan bermain dengan teruk pada dua set mata yang mudah,” ujar Nadal. Nadal kemudian bermain 75 minit untuk menyamakan kedudukan hasil break pada perlawanan ketujuh di set kedua.

Pemain Sepanyol itu ketinggalan 2-4, dan membuka peluang kepada Coric, yang menamatkan perlawanan sebagai pemenang selepas tiga jam beraksi. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China: Tiada siapa berhak guna veto nasib rakyat Palestin

BEIJING, 29 SEPT - China menegaskan tiada siapa berhak menggunakan kuasa veto masing-masing dalam isu-isu mengenai masa depan dan nasib rakyat Palestin, lapor agensi...
- Advertisment -