Tiada kes COVID-19 baharu dilaporkan

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JULAI – Negara Brunei Darussalam kekal bebas jangkitan COVID-19 yang mana setakat pukul 12 tengah hari tadi, tiada kes jangkitan baharu dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kekal seramai 141 orang.

Siaran Akhbar Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan turut mengongsikan bahawa seramai 415 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, manakala sejumlah 3,620 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 609 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 39,644 ujian.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi healthinfo.gov.bn.

Dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 609 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2.