Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Tiada kes dalam kategori 5

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Jumlah kes COVID yang dilaporkan di Brunei Darussalam dalam masa satu minggu kebelakangan menunjukkan sedikit peningkatan di mana kadar purata harian kes pada minggu lepas ialah 611 kes sehari, berbanding dengan 554 kes sehari pada minggu sebelumnya.

    Perkara tersebut dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar dalam Sidang Media Norma Baharu COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Menurut Yang Berhormat Dato, sebanyak 48,491 keputusan ujian pantas antigen (ART) telah dimuat naik ke aplikasi BruHealth dalam masa satu minggu di mana 8.7 peratus daripadanya merupakan keputusan ujian ART yang positif.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan seterusnya mengongsikan, pada hari ini, tidak ada kes dalam kategori 5 yakni yang memerlukan rawatan di unit rawatan intensif (ICU) manakala satu kes berada dalam kategori 4 iaitu yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

    Jelasnya lagi, kadar liputan vaksinasi COVID-19 di Negara Brunei Darussalam kekal berada di tahap yang tinggi setakat kelmarin dengan 78.7 peratus daripada keseluruhan rakyat dan penduduk negara ini telah mendapatkan dos ketiga vaksin dan 11.1 peratus juga telah mendapatkan dos keempat.

    “Pada hari ini, sebanyak 612 kes baru telah dilaporkan iaitu 608 kes hasil ujian ART dan empat kes adalah hasil dari 143 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu,” kongsi Yang Berhormat Dato.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan seterusnya menyentuh mengenai kes Influenza dan jangkitan serupa Influenza (ILI) yang mana walaupun trendnya pada minggu lalu telah menurun, namun beliau menekankan bahawa kadar jangkitan masih di atas paras normal.

    Yang Berhormat Dato mengingatkan orang ramai untuk terus berwaspada dan mengambil langkah-langkah pencegahan seperti mengasingkan diri jika mengalami tanda-tanda jangkitan dan mengelakkan dari tempat-tempat yang penuh sesak.

    “Segera berjumpa doktor jika tanda-tanda jangkitan berterusan atau semakin teruk. Dapatkan suntikan Influenza, khususnya bagi mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan mereka yang mempunyai masalah-masalah kesihatan,” saran beliau.

    Di hujung kenyataannya, beliau berdoa semoga Negara Brunei Darussalam berserta seluruh rakyat dan penduduknya sentiasa terpelihara dari segala bencana dan wabak penyakit serta berada dalam perlindungan Allah SWT jua.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...