Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Tiada kes dalam kategori 5 dicatat

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 FEB – Kes jangkitan COVID-19 di negara ini terus menyaksikan trend peningkatan apabila 628 kes baharu disahkan hari ini, iaitu 617 kes tempatan dan 11 kes import, sekali gus membawa jumlah keseluruhan kes kepada 19,473 orang.

    Jumlah kes baharu berkenaan adalah hasil daripada 6,091 ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu, menurut siaran akhbar yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Kementerian itu turut mengongsikan bahawa di kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tiada kes dalam kategori 5 (memerlukan bantuan mesin pernafasan dan dirawat di unit rawatan rapi) manakala tiga kes dalam kategori 4 (memerlukan bantuan oksigen dan di bawah rawatan rapi).

    Sebanyak 124 kes telah disahkan sembuh pada hari ini yang membawa jumlah kes yang sembuh di negara ini kepada 16,414 kes dengan 2,957 kes aktif. Sementara itu, kadar pengisian di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara atau bed occupancy rate ialah sebanyak 35.2 peratus.

    Mengenai Program Vaksinasi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa sehingga kelmarin, kadar keseluruhan penduduk yang telah menerima sekurang-kurang satu dos vaksin ialah 94.9 peratus dan 94.1 peratus telah menerima dua dos, manakala itu, 44.2 peratus pula telah menerima tiga dos vaksin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...