Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Tiada kes dalam kategori 5

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Lapan kes yang telah disahkan COVID-19 kini berada dalam kategori 4, yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah rawatan rapi.

    Tiga daripadanya adalah mereka yang sebelum ini berada dalam kategori 5, dan dengan demikian tidak ada kes dalam kategori 5, yang memerlukan rawatan intensif pada masa ini.

    Sementara itu, dua kes COVID-19 telah meninggal dunia dalam masa 24 jam yang lalu.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menjelaskan, salah seorang daripadanya diketahui mempunyai beberapa masalah kesihatan dan kematiannya tidak dikategorikan sebagai kematian disebabkan COVID-19 manakala punca kematian bagi satu lagi kes adalah masih dalam siasatan.

    “Sebanyak 2,819 kes baharu telah dilaporkan pada hari ini yang membawa jumlah keseluruhan kepada 37,798 orang. Daripada jumlah kes baharu ini, 2,111 adalah hasil ujian ART yang telah dimuatnaik ke portal Kementerian Kesihatan manakala 708 adalah dari 2,823 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu,” jelas Yang Berhormat Dato lagi pada sidang media yang diadakan di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa memaklumkan mengenai perkembangan situasi terkini kes jangkitan COVID-19 bertempat di Kementerian Kesihatan, kelmarin.- Gambar oleh Muiz Matdani

    Sementara itu, 1,179 kes telah disahkan sembuh pada hari ini yang membawa jumlah kes yang sembuh di negara ini kepada 20,583 kes manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 17,104 kes.

    Menurut Yang Berhormat Menteri Kesihatan, pada masa ini, kadar pengisian di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara pada masa ini ialah sebanyak 9 peratus di mana 212 kes aktif sedang ditempatkan di pusat-pusat pengasingan berkenaan.

    “Seramai 16,892 kes positif kini sedang menjalani pengasingan diri di rumah,” kongsi beliau lagi.

    Mengenai pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan, Yang Berhormat Dato berkata bahawa setakat kelmarin, 51.3 peratus dari keseluruhan penduduk di negara ini telah menerima tiga dos vaksin manakala kadar satu dos dan dua dos adalah masing-masing melebihi 94 peratus.

    Sementara itu, bagi sekatan pergerakan Operasi Peralihan yang dijalankan dari 12 tengah malam hingga 4 pagi tadi, Yang Berhormat Menteri Kesihatan mengongsikan bahawa tidak ada pelanggaran arahan telah dikeluarkan denda kompaun di seluruh negara.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...