Tuesday, January 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiada kes jangkitan baharu dicatatkan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 APRIL – Tidak ada kes baharu jangkitan COVID-19 disahkan di negara ini, hari ini, bermakna keseluruhan kes kekal seramai 221 orang manakala jumlah kes yang telah sembuh ialah seramai 210 orang.

    Sementara itu, lapan kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan adalah dalam keadaan baik.

    Perkara berkenaan dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Beliau turut menyatakan, seramai 573 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori di pusat-pusat pemantauan yang disediakan oleh kerajaan iaitu mereka yang baru tiba ke negara ini setelah melakukan perjalanan dari luar negara.

    Setakat ini, seramai 16,892 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori di kemudahan-kemudahan berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda