Tiada kes polio baharu di Sabah

KOTA KINABALU, 17 DIS – Tiada kes baharu polio dilaporkan di Sabah selepas kes pertama dikesan pada 8 Disember lepas, kata Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat negeri Datuk Poon Ming Fung.

Beliau berkata seorang anak damit lelaki berusia tiga bulan dari Tuaran, yang dilaporkan dijangkiti virus polio itu masih dirawat dan diberi bantuan pernafasan di Bilik Isolasi hospital dan berada dalam keadaan stabil.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sedang meneruskan langkah pencegahan dan kawalan termasuk menjalankan aktiviti pengesanan kes mempunyai gejala seperti kelemahan otot atau kelumpuhan  (AFP) bagi mengenal pasti jangkitan polio dalam kalangan kanak-kanak. – Bernama