Sunday, April 21, 2024
25 C
Brunei

    -

    Tiada kes positif COVID-19 dikesan di sekolah

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JAN – Semasa pembukaan sesi persekolahan pada 3 Januari lalu, yang melibatkan pelajar-pelajar Tahun 10 hingga 13, seramai 9,790 orang penuntut telah menjalani ujian ART di sekolah-sekolah kerajaan di seluruh negara di mana tiada kes positif COVID-19 telah dikesan.

    Perkara tersebut dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar dalam sidang media COVID-19 di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    “Daripada jumlah ujian ART yang telah dilakukan, dua ujian ART telah memberi keputusan false positive dan 15 ujian ART mengembalikan keputusan invalid,” tambah Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

    Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Dato menjelaskan bahawa ujian RT-PCR susulan yang telah dibuat mengesahkan bahawa ujian-ujian tersebut adalah negatif bagi COVID-19.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...