Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Tiada kesalahan dikesan operasi bersepadu

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Untuk memastikan orang awam mematuhi peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa di negara ini, Unit Penguatkuasaan Kesihatan, Kementerian Kesihatan dan Unit Operasi, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja telah menjalankan operasi bersepadu, baru-baru ini.

    Operasi yang menumpukan kawasan bangunan komersial, Mukim Berakas itu, bagaimanapun, tidak mendapati sebarang kesalahan di bawah Akta Tembakau 2005 dan Perintah Eksais 2006.

    Kementerian Kesihatan melalui Unit Penguatkuasaan Kesihatan akan terus melaksanakan operasi sepadu seumpama ini sebagai satu langkah untuk membendung kegiatan-kegiatan yang menyalahi undang-undang di negara ini.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi mana-mana perundangan negara yang berkuat kuasa pada masa ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...