Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Tiada kicap ABC mengandungi sulfur dioksida dikesan di Malaysia

    KUALA LUMPUR, 12 SEPT – Tiada sampel produk kicap soya termasuk Kicap Soya Manis dan Sambal Sos Ayam Goreng jenama ABC di negara ini dikesan mengandungi sulfur dioksida berdasarkan pemantauan di semua pintu masuk dan pasaran tempatan dari Jun 2021 sehingga kini.

    Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata semakan ke atas data Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) mengesahkan produk itu yang ditarik dari pasaran Singapura kerana mengandungi sulfur dioksida tidak diisytiharkan atau dilabel pada pembungkusan, turut diimport ke negara ini. 

    “Sejak Jun 2021 arahan Tahan Uji Lepas (TUL) dikenakan ke atas produk berkenaan di semua pintu masuk negara.

    “Arahan pelabelan semula atau arahan untuk dihantar semula ke negara asal turut dikeluarkan sekiranya tidak mematuhi keperluan pelabelan termasuk pelabelan sulfur dioksida,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

    Dr Noor Hisham berkata sulfur dioksida diklasifikasi sebagai bahan pengawet yang dibenarkan dalam makanan tertentu dan pada paras tertentu di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan ia tidak berbahaya kepada manusia apabila digunakan pada kepekatan yang dibenarkan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...