Tiada kuarantin wajib bagi pelawat

BANGKOK, 6 MAC – Pihak berkuasa kesihatan Thailand hari ini mengatakan mereka tidak akan mengarahkan kuarantin wajib ke atas para pelawat dari negara terjejas teruk oleh koronavirus COVID-19, memandangkan negara itu bergelut untuk mengimbangi kebimbangan kesihatan dengan keperluan ekonominya.

Cuti bagi kemungkinan beribu-ribu orang menjadi persoalan kelmarin apabila menteri kesihatan mendesak satu kuarantin bagi semua kemasukan dari China – termasuk wilayah Hong Kong dan Macau – Itali, Iran, Korea Selatan, akan dilaksanakan.

Walau bagaimanapun, hari ini kementerian kesihatan menangkis rancangan itu, sebaliknya ‘merekomenkan’ mereka yang tiba dari empat buah negara itu tidak keluar dan melaporkan diri kepada pihak berkuasa bagi pemantauan. “Kami merekomenkan kuarantin dalam rumah,” Sukhum Kanchanapimai, setiausaha tetap kementerian kesihatan memberitahu wartawan.

Pelancong dari empat buah negara itu perlu ‘melaporkan status kesihatan mereka setiap hari’ kata Tanarak Plipat dari Jabatan Kawalan Penyakit atau berisiko menghadapi ‘hukuman’ undang-undang negara itu.

Seorang lelaki Britain yang memasuki negara itu dari Hong Kong menjadi kes ke-48 disahkan di negara itu, menurut pihak berkuasa. Namun jumlah yang dikesan kekal rendah, sesuatu yang mengejutkan dalam sebuah negara yang dikunjungi hampir berpuluh-puluh juta orang setiap tahun.

Spekulasi jumlah rendah itu dikatakan kerana ujian pemeriksaan terhad di sebuah negara yang bertekad untuk tidak menakut-nakutkan pengunjung. – AFP