Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Tiada lagi digital QO dalam BruHealth

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 FEB – Berikutan dengan pengurangan tempoh kuarantin bagi kes dan kontak COVID-19 yang telah diumumkan semasa Sidang Media Kementerian Kesihatan yang lalu, Kementerian Kesihatan telah menghentikan pengeluaran perintah kuarantin digital (digital QO) di aplikasi BruHealth bermula pada hari ini.

    Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    “Perkara ini adalah bagi memudahkan pergerakan orang ramai yang kod BruHealthnya telah berubah daripada ungu atau merah kepada hijau atau kuning,” jelasnya.

    Yang Berhormat Dato menasihatkan kepada orang ramai untuk memeriksa warna kod BruHealth masing-masing sebelum keluar rumah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...