Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Tiada lagi gelak tawanya…

    Selebriti terkenal Adibah Noor disahkan meninggal dunia sekitar pukul 7:40 malam, Sabtu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

    Berita sedih itu disahkan oleh rakan selebriti yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal iaitu Datin Emylia Rosnaida.

    Bagaimanapun, Emylia ketika dihubungi mStar tidak dapat berkongsi lebih lanjut maklumat mengenai pemergiaan Adibah Noor.

    “Arwah meninggal dunia tadi. Saya dan suami dalam perjalanan ke hospital. Ikutkan kami tahu punca dia meninggal tapi tak berani nak kongsi,” katanya kepada mStar.

    Dipercayai arwah menghidap akibat kanser ovari. Sebelum ini, penampilan terbaharu Adibah, 52, yang dilihat semakin kurus di Instagram berbanding sebelum ini mencuri tumpuan ramai.

    Adibah dikatakan sudah lama mengidap kanser. – Agensi

    Adibah atau nama penuhnya Adibah Noor Mohd Omar bagaimanapun enggan mendedahkan berapa berat badannya sekarang ini termasuk jumlah kilogram yang berjaya diturunkan dalam tempoh dua bulan.

    Dalam pada itu, pengurus kepada Adibah memberitahu arwah mengalami sesak nafas secara tiba-tiba sebelum meninggal dunia.

    Menurut pengurusnya yang dikenali sebagai Todd, Allahyarham sudah lama menghidap kanser, namun perkara itu dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

    “Arwah memang ada sakit kanser, tapi tak boleh nak kongsi lebih lanjut. Buat masa ini jenazah masih di hospital dan akan dibawa ke rumahnya di Keramat (Kuala Lumpur),” katanya ketika dihubungi mStar.

    Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai.

    Menerusi laporan mStar pada 9 April lalu, Adibah meluahkan rasa syukur apabila dapat membayar hutangnya menggunakan hasil wang kemenangan di program Gegar Vaganza 8 (GV8).

    Menurut penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu, biarpun dalam nilai yang sedikit, namun sekurang-kurangnya dia berusaha untuk tunaikan hajatnya itu sekali gus meringankan beban sendiri.

    Menerusi program GV8, arwah mendapat tempat keempat manakala penyanyi Aliff Aziz menjadi juara dan Nikki Palikat ditempat kedua serta Suki Łow menduduki temat ketiga.

    Pada awal kerjaya, Adibah pernah menjadi guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah di Petaling Jaya, Selangor.

    Selain menyanyi, Adibah juga banyak berlakon drama dan filem tempatan antaranya Sepet, Gubra, Mukhsin, Jin Notti, Magika dan Nasi Lemak 2.0.

    Allahyarham juga bekas penyampai radio Suria FM. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...