Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    ‘Tiada lagi kuarantin wajib’

    HANOI, 16 MAC – Vietnam memansuhkan peraturan kuarantin untuk pelawat asing yang negatif ujian saringan COVID-19, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

    Pelancong yang menggunakan perkhidmatan udara perlu mengemukakan bukti ujian negatif SARS-CoV-2 (kecuali kanak-kanak di bawah umur dua tahun) yang dibuat dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas atau keputusan ujian antigen pantas dalam tempoh 24 jam.

    Peraturan itu juga tertakluk kepada pelancong yang menggunakan laluan darat.

    Jika tidak dapat menunjukkan bukti ujian negatif, mereka dikehendaki mengambil ujian (sama ada menggunakan kaedah RT-PCR/RT-LAMP atau ujian antigen pantas) dalam masa 24 jam sejurus ketibaan.

    Jika keputusan negatif, mereka boleh bebas melakukan aktiviti dengan mematuhi protokol kesihatan awam yang masih dilaksanakan sebaliknya jika positif, mereka perlu memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan untuk arahan selanjutnya.

    Kanak-kanak di bawah umur dua tahun tidak perlu mengambil ujian COVID-19 dan masih boleh memasuki Vietnam.

    Semua ketibaan mesti membuat pengisytiharan perubatan sebelum memasuki dan menggunakan aplikasi mudah alih COVID-19 Vietnam (PC-COVID) sepanjang berada di negara ini.

    Jika seseorang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19, perlu segera memaklumkan agensi kesihatan di pintu sempadan untuk membolehkan langkah perubatan diambil.

    Tiada kuarantin wajib diperlukan tetapi pelancong asing perlu memantau sendiri kesihatan mereka dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan dalam masa 10 hari pertama selepas ketibaan. – Bernama

    Para pengunjung dilihat di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai di Hanoi, Vietnam pada 15 Mac. Vietnam pada Selasa membuka sepenuhnya sempadannya bagi pelancong antarabangsa. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...