Tiada maklumat mengenai desas-desus kerajaan baharu Sabah

KOTA KINABALU, 26 JULAI – UMNO Sabah menjelaskan pihaknya tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai desas-desus ada cubaan untuk menubuhkan kerajaan baharu di negeri berkenaan.

“UMNO Sabah bukan di belakang semua usaha itu.. Ia adalah antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti-parti yang ada di Sabah,” kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

“Apa yang saya tahu sekarang adalah untuk memperkuatkan UMNO Sabah bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini, hari ini. – Bernama