Tiada masalah menyertai Hamilton di Mercedes – Russell

MONZA, 10 SEPT – George Russell berkata kelmarin bahawa dia tidak nampak ‘sebarang masalah’ apabila dia menjadi rakan sepasukan kepada juara dunia Formula Satu tujuh kali, Lewis Hamilton musim hadapan.

Russell, 23, akan meninggalkan pasukan Williams untuk menyertai rakan senegaranya bagi musim 2022, menggantikan Valtteri Bottas.

Hamilton, yang masih mengejar kedudukan Max Verstappen dengan tiga mata pada musim ini, meluahkan rasa hormat dan kepercayaan terhadap rakan sepasukannya, Bottas.

Namun, Mercedes memilih untuk tidak mengekalkan pemandu dari Finland itu, yang jarang memberi ancaman terhadapan cengkaman kedudukan Hamilton di F1, bagi tahun keenam, dan sebaliknya membawa bekas pemandu muda, Russell.

Mercedes berkata sebelum ini bahawa mereka ingin mengelak kejadian kempen 2016 untuk berulang kembali, di mana Nico Roseberg menewaskan rakan sepasukan Hamilton untuk meraih kejuaraan dunia selepas persaingan sengit.

George Russell semasa menghadiri sidang media di litar Autodromo Nazionale di Monza, kelmarin.- AFP

“Saya rasakan Mercedes telah menyelesaikan masalah dinamik dalam pasukan dan mereka jelas sekali ingin mengelak dari mengulangi kesilapan tersebut,” Russell berkata menjelang perlumbaan Grand Prix Itali pada hujung minggu ini.

“Secara peribadi, saya tidak menginginkannya. Saya menganggap, Lewis dan saya berada di peringkat yang berbeza dalam karier kami, yang mana bagi saya ia turut membantu, serta saya sangat menghormatinya.

“Saya fikirkan menjadi seorang pemandu yang sangat muda dan sangat hormati ketika saya masih pemandu go-kart. Saya tidak nampak ia sebagai masalah sama sekali.”

Russell gagal memenangi sebarang mata bersama Williams dalam dua musim pertamanya meskipun secara konsisten beraksi lebih baik untuk layak berbanding rakan sepasukannya.

Dia bagaimanapun berjaya menarik perhatian apabila menggantikan Hamilton tahun lalu di Grand Prix Sakhir.- AFP